Friday, November 20, 2009

DESARU..owh..DESARU!!

Pantai Desaru

Pantai yang sepanjang 25 kilometer ini amat bersih dan indah dibarisi pepohon ru. Pelawat boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan seperti memancing ikan, menaiki bot, berenang, berjalan-jalan, serta bermacam-macam aktiviti luar yang lain.

Ambillah peluang untuk bersantai atau menikmati kehangatan sinar matahari di tepi pantai, sambil dibuai bunyi deruan ombak dan bayu laut.

Anda boleh memilih tempat bermalam di salah satu daripada hotel, resort atau chalet yang berbagai jenis di kawasan ini. Antara tempat penginapan yang terdapat di sini ialah :

  • Lotus Desaru
  • Desaru Pulai
  • Desaru Golden
  • Desaru Challet
**harga di Desaru berada diantara RM200 hingga RM300 semalam..


Nampaknya sampai disini sahaja coretan tentang Desaru..
Kita akan bertemu lagi di coretan akan datang..

Menariknya Malaysia!!

Assalammualaikum w.b.t
Salam Sejahtera..
Salam Satu Malaysia!!

Sedikit pengenalan tentang blog ini..
objektif blog ini dicipta ialah :
  • berkongsi pengalaman tentang tempat-tempat yang menarik di Malaysia.
  • memberikan cadangan tentang lokasi yang menarik, tempat penginapan serta kemudahan di tempat-tempat yang dilawati.
  • berkongsi cerita akan menariknya MALAYSIA!!
Huhu..rasanya itu sahaja objektif blog kali ini..
Harap apa yang baik dapat dijadikan panduan..
Apa yang terkurang minta ampun maaf dan akan ana pertingkatkan cara ana..
Assalamualaikum..